create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday 29 June 2011

Dia ibuku..dia ayahku.


Dialah ibuku..Che Ku Kamariah binti Che Ku Jusoh dan dia juga ayahku, Engku Hassan bin Engku Ibrahim. Syukur alhamdulillah ku panjatkan kepada yang Berkuasa kerana saya masih mempunyai ibu dan ayah sehingga ke saat ini. Selama 24 tahun saya dibesarkan dengan penuh kesempurnaan dan kasih sayang. Tiada cacat dan cela melainkan saya sendiri yang melakukan kesilapan kerana sifat khilaf semulajadi seorang insan.

Terasa rindu di hati saat berjauhan dengan ibu dan ayah tersayang. Itulah pentingnya bila berjauhan, kita makin rindu dan sayang pada mereka. Bila kita bersama mereka, kadang-kadang kita lupa bahawa mereka masih di depan mata. Masih mendengar suara lemah mereka yang makin dimamah usia. Cik (panggilan istimewa untuk ibuku) dan ayah. Besarnya pengorbanan cik dan ayah sehingga di saat ini untuk melihat anak-anak mereka mendapat yang terbaik.

Adakah saya sempat membalas budi cik dan ayah? Adakah sempat cik dan ayah melihat saat kebahagiaan saya bergelar status 'isteri'. Moga Allah memberikan kesempatan kepadaku untuk terus bersama cik dan ayah dan membalas budi mereka serta menjaga mereka.

Cik, selaku isteri dan ibu..hebat sungguh sifat kasih sayang dan ketabahan yang Allah kurniakan kepada cik. Memang kalah kuatnya seorang lelaki kerana tabah dan kuatnya hati seorang ibu. Cik jarang sekali memikirkan tentang diri cik. Penat dan letih bukan persoalan yang penting demi anak-anak dan suami. Satu perkara yang saya belum dapat sepenuhnya daripada cik iaitu resipi masakan yang semuanya hebat dan sedap. Ye lah, siapa pun mesti sukakan air tangan ibu. Tapi air tangan cik adalah yang terbaik di dunia. Kecuali air minuman, sebab cik suka buat air terlebih manis sikit..hehe.

Teringat kata-kata seorang kakak yang baru saja mempunyai seorang anak. Katanya. "saat paling getir dan payah menjadi ibu adalah bila melihat anaknya sakit". Cik menjawab."Ya, itulah sifat seorang ibu". Terfikir juga macam mana cik membesarkan 7 orang anaknya terutama saya yang banyak sangat sakitnya. Saat kaki terluka teruk terpijak pisau cukur..cik juga yang berani menggendong saya sambil memegang kaki saya yang teruk terbelah tu. Saat itu saya baru berumur 6 tahun. Kesan jahitan tu masih ada sampai ke hari ini..dan paling teruk saya terjatuh atas periuk besar yang bertugas untuk memasak air pada hari tersebut. Hampir separuh badan saya melecur. Dahsyat juga pengalaman saya sebelum mencecah usia 24 tahun ni..

Hurm..panjang ceritanya..memang tak habis kalau nak cerita. Ayah pun sama, sentiasa di sisi cik. Ayah pun hebat apa kurangnya. Ye, ayah hebat! Terima kasih sangat-sangat untuk cik dan ayah. Doakan saya menjadi anak yang solehah dan bermanfaat untuk cik dan ayah..semoga kita bersama di Jannah impian kita..Insyaallah!

No comments:

Post a Comment