create your own banner at mybannermaker.com!

Friday 5 August 2011

Puasa yang menyeronokkan!

Lamanya x update blog. Dah masuk bulan ogos dah, bersamaan bulan ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam. Alhamdulillah, sekali lagi diberikan peluang oleh allah untuk bersama ramadhan. Semoga ramadhan kali ini lebih baik untuk saya dan semua umat. Bak lagu nasyid Manbai; "ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.."

Bulan puasa ni perkara yang paling menguji saya bukanlah makanan, tapi letih. Kenapa ye, time puasa bulan ramadhan ni letih je rasa. Time puasa bulan sebelum ni takde plak rasa letih macam ni. Ni la dugaan. Tambah-tambah time matahari tengah terpacak terik..terasa bahang panasnya matahari. Lagi letih dan lesu kalau tak buat apa-apa. Lebih baik fikirkan untuk buat sesuatu.

So, hari ini awal-awal lagi saya buat kuih ondeh-ondeh atau juga dikenali sebagai kuih melaka. Kuih ni cukup famous di kalangan orang melayu kita. Sedap..lembut dan kenyal bila digigit dan terasa percikan manisan yang cukup manis. Nyumm..ermm, hari ni teringin benar nak makan ondeh-ondeh. Beli kat pasar bukan style saya. Kalau dah benda tu boleh buat sendiri, buat je la. Stakat ni tak penah jenguk lagi bazar ramadhan kat kampung ni. Huhu..

Lepas solat zohor terus buat kuih tu. Gentel punya gentel siaplah ondeh-ondeh saya. Sekejap je rupanya..terima kasih ayah tolong belikan kelapa parut untuk saya. Ups, warna-warni rupanya kuih saya buat. Hehe..saje suka-suka. Nak kasi menarik sket untuk pembuka selera masa berbuka. Ada kaler biru, kuning dan hijau. Sememangnya yang hijau tu la yang original sebab warnanya diambil dari warna asli daun pandan. Masa tengah gentel ondeh-ondeh tu tergelak sorang-sorang pasal seronok tengok kaler-kaler tu. Terhibur jugak hati time buat kuih. seronok pun ada..lagi seronok bila tengok orang makan hasil air tangan kita dengan berseleranya.

Sori la pasal membebel pasal ondeh-ondeh plak. Nak upload gambar tak jumpa cari camera punya external. Nanti la kalau ada nanti saya upload. Ok tata. Selamat berpuasa semua.. :)

Thursday 21 July 2011

Oh! Malaysia Ku.


Saya sayang Malaysia! Inilah ayat pertama yang saya nak nyatakan kat sini. Saya telahpun berpijak di bumi Malaysia, tanah airku ini selama lebih 24 tahun. Ya Allah, besar sungguh rahmatMu di bumi ini setelah sekian lama saya hidup di bumi yang sungguh indah lagi permai ini. Aman dan tenteram jiwaku. Inilah Malaysiaku. Syukur alhamdulillah. 

Entah kenapa, selepas menonton filem Hati Malaya 1957 semalam, fikiran saya seolah-olah kembali kepada sejarah. Sungguh besar pengorbanan rakyat terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan. Tanah Melayu milik kita, wahai orang-orang Melayu. Kaum cina dan india bersepakat untuk mematuhi perlembagaan yang ditetapkan demi mendapat hak kerakyatan di tanah air ini untuk sama-sama merasai kemerdekaan. Dan akhirnya, Melayu, Cina dan India hidup dengan aman dan sejahtera sehingga ke hari ini. Suasana seperti inilah yang saya harapkan sehingga ke hari esok dan seterusnya.

Sedih dan sayu sekali jika memikirkan hati-hati anak muda hari ini. Subjek sejarah atau kenegaraan dipelajari hanya sekadar untuk mendapat 'A'. The latest one, seorang student universiti (ops, which university?) tergamak menghina lagu NEGARAKU!! Oh, itu orang Melayu!!! Kalau saya jumpa budak tu mau je saya hantuk kepala dia kat dinding (marah betol ni)! Budak tak kenang budi. Actually, saya bukan bercakap tentang politik. Sesekali tidak. Tetapi saya bercakap tentang NEGARA, tanah air yang saya cintakan ini. Negara kita tetap kita kena sayang walau apa pun parti yang kita pilih. 

Apa yang saya faham, anak muda keliru dengan helah politik dan negara. Bagi saya, negara adalah sesuatu yang amat berbeza yang perlu kita pegang sampai bila-bila. Tanah yang kita pijak inilah tapak untuk kita terus menarik helaan nafas yang damai, tempat untuk kita terus beribadah dengan tenang dan tempat untuk kita menaikkan martabat kita dengan ilmu yang tinggi. Terima kasih kepada pejuang bangsa! Saya sebagai anak muda yang hidup dengan penuh kesenangan dan nikmat, ingin sekali lagi saya nyatakan, saya sayangkan Malaysia!

Monday 18 July 2011

Entry seorang student universiti yang sedang tertekan :p

Bangun pagi alhamdulillah masih hidup dan helaan nafas lancar seperti biase. Well, hari ni telah menitiskan beberapa titik air mata. Dek kerana dilayan seperti 'anak tiri' oleh seorang lecturer berstatus Dr. Terkilan dan sayu. Semua orang tak suka kena marah. Tapi kita kena terima jugak bahawa yang kat bawah memang kena marah dgn yang kat atas. Adat la tu kan..sepanjang 3 tahun study, dah sebati sangat kalau stakat kena MARAH. Seminggu tak kena marah ibarat satu keajaiban dan perkara luar biasa. Hoho..itulah kami, student Food Science yang memang memerlukan rohani dan jasmani yang kental. Kami student Food Science memang dididik dengan disiplin yang luar biasa. Siapa yang tak kuat, tersungkur la dia. Stress btol la..! 

Kebetulan skang ni lecturer dan semua lab staff tengah mengamuk. Mulut muncung je semua. Stress btol la..! Semua student dianggap pesalah yang perlu diberi hukuman. Ni semua gara-gara beberapa orang student antara kalangan kami yang merosokkan beberapa harta yang agak mahal harganya sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Mau nye tak mengamuk..saya paham. So, kami semua dijadikan macam 'anak tiri' la. Kami dihukum dengan peraturan penggunaan lab yang terlalu ketat. Sket2 kena marah..marah dan marah lagi. Bukan saja cukup pressure dengan projek tahun akhir ni je, ditambah lagi dengan pressure undang-undang dunia. Stress btol la..!

Macam tak percaya plak saya boleh menempuh hari-hari yang lalu. Kalau diingatkan balik memang perit. Nak tak nak itulah kenyataan hidup, yang sering diibaratkan seperti tayar beskal yang sentiasa berputar menuju destinasi yang dituju kecuali bila tak dikayuh. Kami fix dengan masa dan perlu bergerak pantas. Silap sikit kena tengking! Wow! Huhu..sampaikan suatu hari bila terserempak dengan seorang lecturer yang baik hati dan mesra, berborak dengan student dan makan bersama-sama, hati saya sangat sayu dan terharu. Macam tak percaya yang kat dunia ni ada lecturer yang sebaik dia. Sangat tenang dan bersahaja, dan paling penting sikapnya membuatkan kami amat menghormati dia. Tapi sayang, dia bukan lecturer saya. Huk huk..stress btol la..! Oops kat sini tak boleh bercerita lebih2. nanti kena gam plak. Biarlah cerita ini menjadi cerita saya dan kawan-kawan seperjuangan saya.

Cerita terus menjadi cerita. Kat entry ni saya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa di sisi saat suka dan duka. Kamu semua sangat memahami dan menyenangkan. Kredit to: Nik Aziemah, Khaini, Aten, Ina, Faizah dan Amirah. Terasa diri disayangi bersama kamu. Cik dan ayah, doamu jua menguatkan hati anakmu ini. Terima kasih kerana mendidik saya untuk tidak takut menghadapi kesusahan. Wan Mohd Shahrul Ain, teman istimewa yang sentiasa memberi sokongan dan banyak menolong saya, terima kasih. Saya sayang kamu!


Berjalan di sekitar UMT tercinta. Tempat saya mentarbiah diri selama 4 tahun sebagai mahasiswi.

Thursday 14 July 2011

Oh, ais krim!

Hari ni terasa letih yang amat. Maklumlah, berdiri dan berjalan aje dari pagi sampai petang. Pukul 10 pagi pergi kampus bersama seorang rumet a.k.a rakan seperjuangan jugak. Kami ikut jalan belakang iaitu lebih dikenali sebagai 'jalan biawak' pasal banyak sangat biawak melintas. Besar dan gemuk lagi. Sepatutnya hari ni kena siapkan 2 formulation terakhir untuk ais krim tapai. Bangun subuh tadi rasa tak sedap badan dan lenguh-lenguh. Tapi hati tak tenang dan gelisah duk fikir pasal ais krim yang tak siap-siap lagi ni. Lastly, tukar niat nak jumpa supervisor je. Untuk sedapkan hati je..tak best duk buang masa gitu je dalam bilik kecuali hari cuti. Tup tup supervisor xde plak. So, tak bleh buang masa, kena jenguk lab confectionery jap. Hurm..dah jejak kaki kat sana apa lagi, buat je la ais krim. Berdiri la saya kat sana menyiapkan ais krim sampai jam 4.30 petang. Letih skit pasal hari ni puasa. Nasib baik lab tu sejuk je dengan pengudaraan 4 bijik aircond pada suhu 16 darjah celcius. Kat lab ni cukup special, tak payah nak berebut dengan berpuluh-puluh student lain pasal saya sorang je yang guna lab ni. Diibaratkan lab ni dibina khas untuk saya je. Hoho.. Balik dari lab terus menuju ke pasar malam kat luar UMT. Dah pukul 5.30 pun. Sampai je kat pasar malam terbeliak biji mata tengok air sejuk yang berwarna-warni. Air kelapa, tembikai, soya, oren, laici..wahhh! Makin haus tekak ni. Sabar je la..apa lagi bantai semua makanan kat pasar malam. Huhu..konon perut ni muat nak bantai semua

Bercerita pasal projek tahun akhir atau lebih dikenali sebagai FYP atau PITA memang cukup mencabar bagi saya. Untuk mendapatkan segulung ijazah bukanlah semudah yang disangka. Banyak sangat dugaan dan cabaran yang memerlukan kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Tak sah kalau tak menitiskan air mata. Setiap orang ada liku-liku tersendiri. Alhamdulillah, sehingga hari ini saya masih lagi mampu bertahan. Selagi gagah tulang belulang. Inilah hakikat berjuang. Kalau dulu orang berjuang pergi berperang, sekarang berjuang di medan ilmu plak. Lelah dan penat tu perkara biasa. Yang penting berkat ilmu di dada. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang masih bergelut dengan kepayahan dan kesusahan, moga dipermudahkan segala urusan. Semoga kita berjaya menggenggam segulung ijazah bersama-sama. InsyaAllah.


Dalam proses menyiapkan ais krim tapai oleh Mr. GELATO.


Inilah hasilnya..Ais krim tapai. Nyum!


Ni plak environment Lab Confectionery..cukup menenangkan. Sejuk dan sunyi. Best!


Ni la muka kepenatan..tapi cukup suka hati pasal ais krim hari ni nampak ok! Peace =)

Saturday 9 July 2011

APA KATA RASULULLAH TENTANG WANITA DAN ISTERI




1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim)
2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya,maka iaa dalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)
3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.
4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)
5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari khiamat, tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)
6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)
7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya. (Riwayat Muaz bin Jabal)
8. Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syuga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.
Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)
9. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
10. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
:-) :Sebab tu la kekadang rasa cam x sabar nak kawen, sbb pahala dan kebaikan tu terlalu byk dtgnya dengan berbakti kepada suami dan keluarga. Kepada wanita dan isteri2, jom kita pakat berusaha jadi yang terbaik utk suami dan keluarga. Semoga mnjadi isteri solehah!

Friday 8 July 2011

Doa adalah senjata bagi hamba Allah!


Hikmah doa penuh kesabaran

Tajdid Iman
Bersama Dr Juanda Jaya
ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Telah berkata Jibril: “Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah maksud dan hajat hamba-Mu si polan… Maka, Allah menjawab: “Biarkan hamba-Ku itu, kerana Aku mencintai suaranya (yang selalu bermohon dan meratap kepada-Ku).”
berdoa.jpgHadis itu begitu dalam maknanya iaitu mengenai hubungan dan rahsia antara hamba dengan Allah. Sesiapa pun tidak berhak mengganggu-gugat kekuatan cinta kedua-duanya. Disebabkan cinta manusia yang mengharap dan berdoa serta kerana rahmat-Nya juga, Dia merindui ratapan dan rayuan si hamba.
Adakah doa ini tiada didengar atau kekotoran roh yang menghijab kurniaan Allah? Tangisan dan rintihan rupanya tidak sia-sia, tetapi umpama bisikan rindu yang dikasihi al-Rahman.
Jika kita boleh memilih dan berkuasa atas kehidupan sendiri, segala-galanya akan tercipta sesuai dengan keinginan kita. Tetapi, kita tidak berhak atas hidup yang seperti ini. Kuasa mencipta dan memilih milik Allah.
Sebagai hamba yang lemah dan amat bergantung kepada belas ihsan-Nya, kita hanya boleh berusaha dan berdoa. Allah yang akan menentukan apa yang terbaik bagi diri kita. Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkannya berlaku dan Dialah juga yang memilih, tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapa pun memilih (selain daripada pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya daripada apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. Dan Tuhanmu Mengetahui daripada apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan.” (Surah al-Qasas, ayat 68-69)
Mengapa manusia cepat berputus asa ketika berdoa?
Bukankah doa itu adalah ujian keimanan bagi mereka yang bersungguh-sungguh bermujahadah. Alangkah ruginya orang yang berhenti berdoa kerana jemu menunggu dan menunggu harapan yang belum terjawab.
Bukankah doa Nabi Musa dan Harun pada ayat 88, Surah Yunus yang berisi mengenai permintaan kedua-duanya supaya Firaun dibinasakan, akhirnya terjawab setelah 40 tahun berdoa? Kalau kita tidak sesabar Nabi Allah Musa dan Harun, eloklah teliti hadis berikut ini.
Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa telah bersabda Nabi SAW: “Tidak ada seorang Muslim yang membaca doa di mana tiada pada doanya itu hal yang menimbulkan dosa dan memutuskan hubungan silaturahim, melainkan Allah pasti akan memberikan kepada orang itu dengan doanya salah satu dari tiga macam. Ada kalanya Allah segera memperkenankan doanya. Ada kalanya doanya itu dijadikan oleh Allah sebagai simpanan pahala di akhirat. Dan ada kalanya Allah memalingkan dan menghindarkan sebarang kejahatan (bala dan bencana) daripada orang itu sesuai dengan doanya.”
Berkata sahabat: “Kalau begitu lebih baik kita memperbanyakkan doa!” Nabi SAW bersabda: “Allah akan memperbanyakkan pemberian-Nya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim, katanya semua perawinya adalah sahih)
Tidak sedikit pun kerugian jika kita sering memanjatkan doa. Yang pasti, tiga janji akan Allah berikan kepada yang bersungguh-sungguh berdoa.
Tetapi, perlu diingat ada faktor yang boleh menjejaskan doa itu daripada dikabulkan oleh Allah iaitu:
  • Terburu-buru dan berputus asa.
    Nabi SAW bersabda: “Doa salah seorang daripada kamu akan diperkenankan oleh Allah asalkan saja seseorang itu tidak terburu-buru lalu ia mengatakan: Aku telah berdoa, tetapi doaku belum diperkenankan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Menggunakan rezeki daripada sumber yang haram.
    Nabi SAW bersabda dengan menyebut hal seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut rambutnya, berdebu badannya, mengangkat kedua-dua tangannya ke atas langit sambil berdoa: “Ya Rabbi, Ya Rabbi, sedangkan makanannya dari harta yang haram, minumannya daripada harta yang haram, pakaiannya daripada harta yang haram dan mulutnya disuapkan makanan yang haram, maka bagaimana akan diperkenankan doanya?” (Hadis riwayat Muslim)
Terus meminta dan berharap kepada Allah kerana Dia tidak pernah menyalahi janji-Nya. Yang perlu diingat ialah bukan kita yang memilih apa yang akan terjadi pada diri ini, tetapi Allahlah yang berhak memilihnya.
Begitu juga dengan persoalan bilakah masanya Allah akan mengabulkan doa itu? Ia adalah hak Allah semata-mata kerana Dia Maha Mengetahui masa yang paling sesuai dan baik untuk diberikannya apa yang diminta daripada-Nya.
INTIPATI
Tiga faktor jejaskan doa daripada dimakbulkan Allah
  1. Terburu-buru
  2. Berputus asa
  3. Menggunakan rezeki daripada sumber yang haram
Tiga janji Allah kepada umat bersungguh-sungguh berdoa
  1. Allah perkenankan doa
  2. Doanya Allah jadikan simpanan pahala di akhirat
  3. Allah hindarkan sebarang kejahatan (bala, bencana)