create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday 21 July 2011

Oh! Malaysia Ku.


Saya sayang Malaysia! Inilah ayat pertama yang saya nak nyatakan kat sini. Saya telahpun berpijak di bumi Malaysia, tanah airku ini selama lebih 24 tahun. Ya Allah, besar sungguh rahmatMu di bumi ini setelah sekian lama saya hidup di bumi yang sungguh indah lagi permai ini. Aman dan tenteram jiwaku. Inilah Malaysiaku. Syukur alhamdulillah. 

Entah kenapa, selepas menonton filem Hati Malaya 1957 semalam, fikiran saya seolah-olah kembali kepada sejarah. Sungguh besar pengorbanan rakyat terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan. Tanah Melayu milik kita, wahai orang-orang Melayu. Kaum cina dan india bersepakat untuk mematuhi perlembagaan yang ditetapkan demi mendapat hak kerakyatan di tanah air ini untuk sama-sama merasai kemerdekaan. Dan akhirnya, Melayu, Cina dan India hidup dengan aman dan sejahtera sehingga ke hari ini. Suasana seperti inilah yang saya harapkan sehingga ke hari esok dan seterusnya.

Sedih dan sayu sekali jika memikirkan hati-hati anak muda hari ini. Subjek sejarah atau kenegaraan dipelajari hanya sekadar untuk mendapat 'A'. The latest one, seorang student universiti (ops, which university?) tergamak menghina lagu NEGARAKU!! Oh, itu orang Melayu!!! Kalau saya jumpa budak tu mau je saya hantuk kepala dia kat dinding (marah betol ni)! Budak tak kenang budi. Actually, saya bukan bercakap tentang politik. Sesekali tidak. Tetapi saya bercakap tentang NEGARA, tanah air yang saya cintakan ini. Negara kita tetap kita kena sayang walau apa pun parti yang kita pilih. 

Apa yang saya faham, anak muda keliru dengan helah politik dan negara. Bagi saya, negara adalah sesuatu yang amat berbeza yang perlu kita pegang sampai bila-bila. Tanah yang kita pijak inilah tapak untuk kita terus menarik helaan nafas yang damai, tempat untuk kita terus beribadah dengan tenang dan tempat untuk kita menaikkan martabat kita dengan ilmu yang tinggi. Terima kasih kepada pejuang bangsa! Saya sebagai anak muda yang hidup dengan penuh kesenangan dan nikmat, ingin sekali lagi saya nyatakan, saya sayangkan Malaysia!

No comments:

Post a Comment