create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday 7 July 2011

Mas Kahwin

Mas Kahwin : Senaskah Al-Quran?


    Apabila disebut tentang mas kahwin,.kebanyakkan wanita kini hanya memikirkan jumlah atau nilai wang yg ditetapkan utk mas kahwin mereka. Kalau ikut betul2, nilai mas kahwin berbeza mengikut negeri asal wanita yg ingin berkahwin. Kadang2 tu x sampai RM100 pun,. Namun pada trend kini,.kebanyakkan meletakkan mas kahwin mngikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing2,. Bukan apa itu kan di'simbol'kan sbg hadiah kpd wanita atas kesediaannya utk menerima bakal suami utk hidup bersama.

Sebagaimana firman Allah:
 "Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka" 

    Selain mas kahwin,.ia juga disebut sbg mahar,.hukumnya adalah wajib,. Pada zaman Rasulullah saw dahulu mas kahwin di bayar dgn berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Namun,.pada zaman kini masih lagi ada golongan yg mengamalkan cara bayaran mas kahwin spt ini,.akan tetapi sangat sedikit bilanganya,. Sebenarnya apa yg ingin dibincangkan di sini ialah,.apakah hikmah memilih senaskah Al-Quran sbg mahar kpd wanita yg bakal di kahwini,.

Sabda Rasulullah SAW :
 "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi."

(Riwayat Al-Bukhari Muslim)
    Sesuatu yang berguna dan berfaedah,.seperti wang,.barang atau sesuatu yg bermanfaat sgt di anjurkan oleh Islam utk digunakan sbg mas kahwin. Nyata,.Al-Quran adalah pilihan yg sgt terbaik sbg mas kahwin krn dkandungan dan isi Al-Quran mempunyai gudang ilmu yg sgt luas dan penuh manfaat.
Rasulullah juga pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.

"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran," lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat Al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.

    Lihat,.mudah dan halus benar maksud Rasulullah,. byk kebaikkan yg kita dapat drp ajaran Rasulullah saw ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah,.malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu,.dan apabila ilmu yg diberi diamalkan oleh org lain,.ternyata bertambah2lah pahala si suami,.yg memberikan ilmu tersebut,.

Antara hikmah senaskah Al-Quran sbg mas kahwin ialah:

1. Al-Quran lambang teragung dlm agama Islam,.dan pemberiannya kpd insan lain umpama satu penghargaan yg x ternilai kpd kitab suci tersebut,.malah takrif sesuatu perkahwinan itu dpt ditafsirkan melalui pemberian Al-Quran,..sbg lambang cinta sejati bersyariatkan agama kpd si isteri.


2. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan,.


3. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri malah suami yg memberi juga turut mendapat pahala hingga ke akhirat,.


4. Seperti yg kita tahu,.emas juga ada kebaikkan jika di jadikan sbg mas kahwin,.iaitu sbg pelaburan,.namun ianya lebih bersifat material,.dan mungkin akan habis begitu sahaja,.di dunia.,namun ayat2 Al-Quran xkan pernah habis,.dan berakhir walau dibaca berulang2 kali dan ayat2 Al-Quran tersebut dapat diajarkan kpd anak,cucu-cicit hingga selama2nya,.


5. Andai si suami telah pergi meninggal dunia,.spt kita ketahui hanya amalan,.anak yg soleh serta ilmu yg berguna sahaja dapat membantu di akhirat kelak,.Al-Quran yg diberi kpd isteri insyaAllah,.dpt memberi kemudahan dan ketenangan di sana,.tiada apa yg dpt dilakukan oleh seorang isteri melainkan sentiasa berdoa
dan melakukan amalan2 yg bermanfaat utk roh suaminya yg telah meninggalkannya, andai si isteri sentiasa membaca Al-Quran yg diberikan oleharwah suami sbg mas kahwin,..nescaya,.Allah akan memberi ganjaran yg berganda2 kpd roh suaminya.,


    Begitulah betapa besarnya hikmah memilih Al-Quran sbg mas kahwin,.kebaikkan dan faedah yg dapat kita perolehi,.untuk membina sebuah keluarga,.bukan lah mengambil masa atau tempoh yg singkat,.ia mengambil jangka masa yg panjang dan kita perlu lah memandang lebih jauh utk masa2 akan datang,. andai ingin kebahgian bukan shj di dunia dan akhirat,..marilah menghargai ilmu2 Allah yg telah dikurniakan kpd kita,. apalah sgt hendak dibandingkan dgn kebahagian di dunia yg hnya sementara ini,.yg slalu dinaktikan kehidupan abadi di akhirat sana kelak,.iaitu sbenar2 hidup abadi maka,.marilah sama2 mengutip seberapa byk amalan utk bekalan di sana kelak,. insyaAllah,..

dipetik dari: blog Allah is ENOUGH for me..

2 comments:

  1. adakah tuan punya blog sedang mencari inspirasi untuk dijadikan mas kahwin? soaln cepumas nieyh..hehe..moga dipermudahkan segalanya yep

    ReplyDelete
  2. ya..anda memahami..ada jugak keinginan seperti ini. apa pendapat cik mujahidah?

    ReplyDelete